Followers

Wednesday, December 8, 2010

kiamat semakin dekat?

huhu selamat petang.hari ini entah hari ape aku pon da x ingat.hehe. da lama da pergi school la katakan. nak wat camner 24 jam terperuk dalam umah je. nak kuar?? isyh tidak berkeinginan kerana bandar kb da macam KL ok. xkira pagi, petang and malam asyik jem jew.. hukhuk malas2.. ai ni seperti biasa duduk berseorangan di rumah kerana mummy kerja, daddy dah keluar entah kemana and kak ida da pergi praktikal lagi menambahkan keboringan aku. lalu aku duduk tercongok didepan tv menonton citer sambil menuliss blog ni..hehe and of coz my yayang pon bz teman adiknya ke uitm. selalu tinggalkan aku.sedey2. aku terpanggil untuk menulis sal tanda-tanda kiamat. korang nak tau apa antara tanda-tanda kiamat??

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
23. keluarnya dajjal

bila baca ni da banyak kan tanda-tanda yang dah anda-tanda jadi. tinggal tanda-tanda besar je belum jadi. takut la plak bila pikirkan saat kematian ni. yela kan aku ni xpernah lari dari lakukan kesalahan. dulu time aku berumur 13 tahun, Form 1 aku sempat sekolah agama sebelum tukar ke MRSM. kat sekolah agama tu aku selalu diingatkan pasal mati. tapi bila dah tukar sekolah macam dah lupa semua benda gitu. aku pun ada terbaca gak yang perempuan lebih ramai masuk neraka berbanding perempuan. antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:-
  1. memakai pakaian yang ketat dan jarang yang boleh menampakkan susuk tubuh perempuan tersebut
  2. mencukur kening
  3. derhaka kepada suami
  4. derhaka kepada kedua-dua ibu bapa
  5. melakukan maksiat
  6. mengumpat
dan macam-macam lagi. itu je yang aku dapat ingat. yang pastinya aku pun pernah buat apa yang aku lakukan macam 1 and 6??huhu. yup aku tahu aku wat salah tapi bukan senang nak ubah okey. aku tengah slow2 nk berubah kearah kebaikan

p/s: sama-sama kita memuhasabahkan diri.=)

No comments: