Followers

Sunday, July 28, 2013

Sudah terlalu lama x jenguk blog sambil mencoretkan karangan panjang atau pendek. Sekarang bulan ramadhan kan. Jadi saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Sedar x sedar bulan Ramadhan bakal berlalu pergi. Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu meninggalkan kita. Tinggal 9 hari lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tapi saya merasakan amal yang saya buat hanya sekecil kuman. Akan ada lagikah bulan Ramadhan ini?

Sudah lebih 3 minggu saya menjalani latihan industri di Zulkefli & co. Penat.... bukan penat sebab banyak kerja tp penat tidak memerah otak. Biaselah audit firm bulan-bulan cam gini memang dah xda kerja. Kami hanya goyang kaki.masuk kerja dan tunggu waktu untuk balik. Haha...

6 hari seminggu waktu bekerja lagilah penat. Dan sudah pastinya saya akan sambung master. Untuk kesenangan di waktu hadapan. Kerja audit saya rasakan tidak sesuai untuk diri saya memandangkan ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang sangat tinggi berbanding kerja lain. Jadi kenapalah kan saya memilih akaun??? Xdapat saya nak jawab pertanyaan diri saya sendiri.

Cita-cita untuk menjadi pegawai LHDN adakah akan terlaksana? Doakan saya.

No comments: