Followers

Friday, July 6, 2012

macammana sy survive dlm accounting?

fuh tajuk dah macam orang pro accounting..huhu. seriously bila saya masuk U dan amik akaunting hidup saya terkontang-kanting.. ibarat perahu yang belayar tanpa arah tujuan..ini adalah disebabkan sebelum ini saya x pernah belajar/master dalam akaun..sebelum ini saya mengambil jurusan sains hayat dari tadika hingga ke matrikulasi..

tapi saya x berminat dalam biologi.saya hanya minat untuk mengira-ngira.kalau korang bagi kat saya soalan matematik laju je otak saya berjalan tp kalau saya diberi soalan sains macam siput otak saya berjalan(sungguh X BERMINAT).

saya memilih akaun sebab ingatkan jurusan akaunting ni kacang macam matematik..bila dah hambek..fuhhh amekk kau. awal sem 1, 1 soalan untuk balance sheet tu aku ambik masa berjam-jam nak siap..xpenah derrr balance.. 2 sem aku menggila..

lagipun aku bukan jenis kaki study tapi aku akui aku jnis cepat tangkap n cepat luperT_T. sebab aku bukan kaki ulangkaji n suka wat tutorial asyik copy n paste ja..

sem 3 aku dah jumpa rentak macam mana aku nk ada progress yang maju dan graf aku menaik tanpa jatuh.. yang penting..
  • buat tutorial dan assignment yang lecturer bagi jgn dok pandai copy paste ja.
  • target biar carry mark tinggi dan kau orang akan suka ati masuk dewan exam. xpyh jawab pun dah lulus.
  • jenis aku jenis study last minit jadi last2 minit tu memang aku pulun habis-habisan. bak kata kawan aku memang takutla nk tegur aku time aku dok study..huhu. khusyuk nk mampus
  • ingat Allah,mak ayah dan famili.. bila aku giveup aku selalu ingat mak ayah aku. berapa billion duit diaorg labur untuk aku belajar dan membesar. lebih2 lagi parent aku bukan orang berharta.
  • jangan tinggal solat dan setiap hari solat hajat biarpun selepas exam.mohon agar Allah lembutkan hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan korang.
  • dan yang aku selalu amalkan bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya 1 helai mukasurat 1 hari.. baca kelebihan baca Quran dan yang aku perasan ia menguatkan ingatan.
  • 1 lagi yang aku amalkan ialah membaca ayat Qursi setiap kali selepas sembahyang 5 waktu dan bacalah dengan lebih kerap.
setelah usaha+tawakal yang aku buat alhamdulillah graf aku sentiasa menaik.:)

No comments: