Followers

Saturday, January 15, 2011

artis dah pakai tudung..

urm sapa artis yang dah bertudung sekarang? dah banyak kan... tapi kali ni aku nak cerita sal artis yang berasal dari kelantan iaitu catriona ross. bagi aku Catriona adalah seorang artis yang boleh dijadikan contoh teladan. yela dulu time dia accident banyak kata dia x mampu bangkit tapi dia tetap tabah hadapi cabaran itu dan sekarang namanya masih ada di dunia seni. sekarang plak bila dia dah start bertudung , ia tidak disambut baik oleh lain. salah ke kalau dia nak berubah kepada yang lebih baik? hairan betul dunia zaman sekarang. namun aku percaya rezeki x kemana..Catriona akan terus maju dan bertahan.. sabar ye cat... sekurang-kurangnya Cat berubah kearah yang lebih baik bukan macam certain-certain artis semakin galak menunjukkan tubuh badan baik yang muda mahupun yang tua.masih lagi x insaf-insaf...iskh3

dan ni aku amik dari murai beberapa ulasan mengenai Cat:

"Terus-terang waktu mula-mula saya bertudung, boleh dikatakan memang tiada tawaran yang datang. Kadang kala ada juga yang menghubungi saya untuk berikan watak tertentu, tapi bila tahu saya sudah bertudung, terus mereka tidak berminat.

"Ada juga yang bersikap stereotype. Wanita bertudung harus memegang watak muslimah dan lemah lembut tapi saya akan tolak tawaran begitu. Saya tidak suka dikategorikan begitu. Saya mahu watak yang luar biasa dan mencabar untuk orang bertudung seperti watak jahat dan sebagainya.

"Memang saya kecewa dengan sikap mereka namun saya sudah bersedia menghadapinya. Saya bertudung bukan sekadar imej, ianya adalah prinsip dan diri saya sekarang," ujar anak jati Kota Bharu Kelantan ini.

Namun kini peluang bergolek yang datang kepadanya benar-benar memenuhi kriteria yang dicari selama ini. Drama bersiri, Sakti Delima satu-satunya harapan Cat untuk menonjolkan bakat bukan hanya bergantung kepada penampilan dan imej.

"Kebetulan waktu dibelenggu krisis tawaran, Shiela Rusly datang dan tawarkan watak antagonis menerusi drama Sakti Delima.Memang saya benar-benar tertarik, kerana drama ini menggabungkan pelakon yang bertudung. Dan jadi cabaran kepada saya, harus bawakan watak jahat tapi berhijab.

"Ada yang kata dalam drama ini saya nampak seksi walau bertudung, namun saya melenggokkan badan hanyalah sebagai simbolik menunjukkan watak itu berketurunan ular. Bukannya untuk tunjukkan bentuk tubuh. Harapnya drama ini akan membuka mata produser lain yang selama ini takut untuk mengambil pelakon yang bertudung," kata lulusan Sarjana Komunikasi Universiti Putra Malaysia ini.

No comments: