Followers

Monday, January 10, 2011

mummy

hujan renyai-renyai turun membawaku ke duniaku sendiri. pernah suatu ketika dahulu umie hampir-hampir meninggalkan kami sekeluarga. pada waktu itu aku baru berumur 15 tahun ketika sedang dalam peperiksaan percubaan PMR. Umie sakit thyroid. aku ingat ingat lagi bila nak dekat exam selalu je aku call rumah. setiap kali call abah yang angkat. bila aku tanya umie mana abah cakap umie x sihat umie demam. x pernah lak terfikir sakit umie kuat.
aku: abah, mana umie?
abah: umie duk tidur.
aku: umie demam lagi ke?
abah: umie diet sekarang x makan nasi
aku: kurus dahla umie nati..huhu(bergurau)
abah: a'ah dah kurus dah..
aku: x pela abah. ore nak gi kelas ni. kim salam kat umie ye.
abah: ok.assalamualaikum
aku: waalaikumussalam

hari pertama aku exam for trial....hari kedua aku exam....hari ketiga and the last paper... aku call lagi rumah.
abah:assalamualaikum
aku: waalaikumusslam. abah, umie ada?
abah: umie ada kat hospital.(sayu je hati aku bila dengar perkataan tu)
aku: kenapa?
abah: umie sakit. dah tiga hari umie kat hospital. farah kemas-kemaslah kalau nak lawat umie. nanti abah gi ambil farah.
aku:ok abah

mula-mula aku rasa marah sangat kat abah kenapa abah tak bagitahu aku awal-awal?? tapi lepas fikir-fikir blik mungkin abah tak nak aku bimbang sebab aku tengah exam kan. yela takut aku x boleh nak fokus nanti. petang tu abah datang ambil aku dan kitaorang pun pergi jumpa HEP. HEP bagi kebenaran untuk aku balik melawat umie sebab masa tu aku sekolah MRSM. agak ketat peraturan disitu. dalam perjalanan aku diam je tapi abah cakap umie dah balik petang tadi. bolehkah aku berhadapan dengan umie? nanti aku nangis... aku gagahkan juga langkah ku ini untuk tengok keadaan umie. yela rindu aku pada umie sangat tinggi. bila aku masuk bilik, aku nampak badan yang aku x kenal. umie ke ni?? kenapa kurus sangat.detik hati aku.. aku rasa nak nangis sangat-sangat. cepat aku bersalam dengan umie dan keluar dari bilik tu. aku takut umie akan nampak aku menangis. Ya Allah, cubaan apa yang cuba kau berikan kepada kami sekeluarga..tabahkanlah hati aku. aku masuk bilik dan aku ambil wuduk dan segera aku kerjakan solat hajat memohon agar umie cepat sembuh. mana taknye, dulu umie berisila jugak sekarang dah nampak tulang pipi sebab x makan. umie x dapat bangun,nak makan pun sakit. kakak sulung aku yang banyak tolong umie jaga umie. aku dan kakak aku masih x pandai dalam menjaga umie. kadang-kadang umie nangis,umie majuk sebab x dapat berdiri dan mungkin juga umie malu terpaksa dijaga oleh anak-anak dia. suatu hari umie nak kencing tapi umie x dapat bangun. x sempat umie nak pergi tandas, umie dah terkencing. aku nampak umie menangis. mungkin umie dah putus asa. aku sedih sangat tengok keadaan umie. Ya Allah, kau bantulah umie aku...
2 hari je aku kat rumah sebab aku perlu kembali ke sekolah aku pun dah nak exam. setiap hari aku ikuti perkembangan umie.Alhamdulillah sekarang umie dah sembuh.

p/s:hargailah kedua-dua ibu bapa kita sebelum dia meninggalkan kita. berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih bernyawa.Syukur kehadrat Illahi kerana memberikan kesempatan kali kedua untuk aku dan keluarga dalam memberikan bakti kami kepada ibu kami yang disayangi...ALHAMDULILLAH

No comments: