Followers

Sunday, January 30, 2011

problems lagi..;(

kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa hidup ini selalu dibebani dengan masalah yang tak pernah putus. adakah Dia tahu yang aku akan mampu untuk menghadapinya di kemudian atau ini adalah peringatan kepada aku agar aku tak leka dari mengingati YangMaha Esa??.. puas aku cari jawapan kepada persoalan aku namun tak aku temuinya. dari kecil hingga besar x pernah aku mampu untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa aku yang hampir tua dimakan usia.. terkadang aku ingat,terkadang aku lupa apa yang perlu aku lakukan di dunia ini. selalu sahaja aku tersilap langkah ketika mengambil keputusan dan aku akan menyesalinya. bukan sekali tapi berulang-ulang kali aku akan memarahi diri aku kerana bodoh dalam membuat keputusan. ye aku sedar siapa diri aku. aku hanya makhluk tuhan yang penuh dengan dosa yang mempunyai banyak kelemahan dari kekurangan.

Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.

aku pasti suatu hari nanti pasti aku akan memperoleh ganjaran yang paling baik.. teringat dulu cikgu yang mengajar subjek Hubungan Etnik pernah memaparkan kisah seekor rama-rama.. kisah yang menyayat hati aku. Allah tidak akan memberikan sesuatu yang kita kehendaki dengan serta-merta. pasti ada halangan dan dugaan yang akan datang tapi dari halangan dan dugaan itu akan membuahkan satu kepuasan yang teramat sangat. ;)


No comments: