Followers

Monday, April 25, 2011

menyampah giler..

pagi tadi aku dengan kakak2 aku makan dekat kedai Taman Satelit. tiba2 dengar ada sorang minah ni bercerita tentang kereta dia kena langgar dengan mamat Kelantan ni..


yang aku naik menyampah sebabnya dia mengaitkan orang kelantan dalam cerita dia "orang Kelantan memang ganas". yela aku memang x suka bila ada sesuatu perkara menimpa orang lain turut terkait.


macam kes gadis nak bunuh diri di Kb Mall hari tu. bila tengok komen dekat You Tube banyak je kritik orang Kelantan. ellow x sume orang Kelantan macam tu okey.. nila orang kata kerana nila rosak susu sebelanga.


tapi bagi kita yang ada hati perasaan ni mind ur own languages. kita ada akal fikiran. janganlah kita bergaduh disebabkan oleh perkataan atau tulisan yang dikeluarkan. janganlah buat serkap jarang.

mungkin emosi sebab aku orang Kelantan..hehe. tapi biarpun aku orang Kelantan x dala aku nak bunuh diri, x dala aku nak langgar kereta orang. x dala aku x hormat orang tua.


kalau disebabkan loghat Kelantan yang menampakkan kami kolot, kami kurang ajar nak buat camne kan bahasa Kelantan macam tu. bahasa yang diamalkan sejak kecil. tapi aku rasa rasa bahasa kitaorang best ape. mana ada orang blh belajar bahasa Kelantan dlm masa singkat..haha. blh tu blh tapi jadi bahasa Siam.


setiap negeri ada keunikan sendiri jadi hormati setiap negeri dan masyarakatnya. kan aku da merapu x tentu pasal..korang paham ke??ekekeke...





No comments: