Followers

Wednesday, March 30, 2011

jangan dihina pemungut sampah

entry kali ni ada kena mengena sebab minggu lepas aku dipaksa naik lori untuk buat study ttg pergerakan lori dan minyak syarikat. 2 hari je aku naik lori kargo tapi dah turun 2 kg. punyalah susah kan bila dah kerja. hari isnin dan selasa aku follow lori pergi ke sungai lembing dan Semambu untuk ambil sampah disana.



  1. hari pertama... perjalanan ke sg lembing memakan masa selama satu jam dari Kuantan. memangla terasa urat2 mula kendur dan menegang sebab duduk atas lori lama sangat. bila sampai di SgLembing jalannya...fuhhhhh amat dahsyat. rasa macam nak terbang nyawa. jln sempit lori plak lebar...kadang2 perjalanan kami dihalang dahan2 pokok yang merimbun dan selepas itu tercalarlah permukaan lori2.. naik bukit turun bukit...wahhhh bukit lak tinggi2. dahla aku naik lori dah tunggi..sadis sungguh rasanya. tapi yang x blh blah kalu aku kerja jadi pemungut sampah konpem aku dah naik berang habis sebabnya kebanyakan masyarakat kita selalu nak tambah kerja2 pemungut sampah.. ada pokok yang x berbunga tapi tup2 ada buah(sampah digantung di pokok2) dan ada juga sampah yang digantung dipagar. dahla kat sana banyak kucing,monyet, anjing.habis sampah bertaburan. berkali2 ganda tukang pemungut sampah ni kena kerja. belilah tong sampah satu wehhh.. kasihanilah mereka. topup blh plak beli tapi tong sampah satu pun x blh beli. kalau x da pemungut sampah dalam dunia ni blh ko bayangkan kita hidup dikelilingi bau yang kurang enak dan penuh dengan sampah disekeliling??? lama gak aku tunggu kat situ sebab duk menunggu lori kompaktor(lori sampah yang besar) untuk transfer sampah.penat 2 jam aku berbual dengan mak cik yang jaga tandas MPK kat sg lembing 2.. pukul 3.20 petang barulah aku menjamu makan tengahari..tengokkk macam mana aku x kurus...ngehehee~ lepas tu terpaksa lagi mengikuti lori kargo untuk mengambil sampah kargo(dahan pokok,pasir,kayu) di BIM Point, Industri IM 3, Taman Shahzan dan Padang Jaya..lepas naik lori 2 hari aku dah berjaya hafal semua jalan di Kuantan.. berjaya x aku??kahkah... dalam 6.30 petang still x balik lagi sebab banyak lagi kargo perlu diambil. walaupun aku cuma duduk dan catat laporan dalam lori badan aku, aku rasa penat gila. apa lagi pak cik yang pungut sampah ni dah la usia dekat 60 tahun dan sorang lagi driver lori nampak tercungap2 setiap kali ambil sampah. dalam hati..aduhh kesiannya dahla hari hujan. dorang kebasahan... pukul 7.30 petang barulah aku blh pulang kerumah. malam 2 belum pukul 9 tapi aku dah lena tidur(tidur mampus) x sedar langsung.

  2. hari kedua.... kul 6 pagi aku dah bangun sebab kebiasaannya pekerja ni akan bertolak pada pukul 7.00 pagi. hari kedua ni giliran Semambu, Aspa Cottage.first time aku masuk Aspa Cottage..fulamak rumah2 kat sana cun2 beb..lawa gila.. dalam hati"kalaulah aku dapat rumah macam ni'....(bermimpi je lebih.. rumah kat sana macam rumah korea dan ada nampak macam resort...) kat sana banyakla plak beruk2 dan kera2 bermaharajalela. yang x tahannya pekerja pungut sampahla susah. sampah bertaburan.. ni nak pesan kalau kat rumah korang ada kera dengan beruk pastikan tong sampah di luar korang ditutup dengan benda berat(batu atau kayu) supaya sampah x berselerak je. kesian kat orang yang pungut sampah. lepas tu buang sampah trip pertama dekat Terang Bersih,Jabor. Macam x percaya je apa yang aku lihat... orang2 indon banyak kat tempat pembuangan sampah.. kesian giler tengok anak2 dorang cari barang recycle dalam keadaan yang busuk dan hujan.. macam tempat setinggan yang kebuluran. hidup macam kat india plak aku rasa. lepas tu terus bertolak ke Semambu. kat semambu berapa jalan kitaorang kena masuk ambil sampah.. berpuluh2 kowt dah la cuaca kejap panas kejap hujan.. aku turun sekali je. lepas aku tengok ada 1 rumah tong dia penuh ulat sampah.. besar giler la plak ulat tu..terus aku naik lori.. korang sanggup nak buat kerja ni??? tula... hargailah pekerja tukang sampah ni.. dorang sanggup buat untuk anda.. dah nama pun tanggungjawab dorang tapi kalau x da dorang camne korang nati??hehe.. 1 lagi tong sampah luar rumah korang tu rajin2lah basuh jangan buat tempat pembiakan ulat2 sampah..hehe lepas lalu satu,dua, tiga..... seratus rumah adalah beberapa orang budak duk tutup hidung je.. yelakan bau sampah memangla busuk. nak perli2 plak.. padahal sampah rumah ko la ni yang busuk.. geram aku sebab pekerja2 aku terasa hati(pekerja aku??)hehe pekerja syarikat.. ada jugak orang bila lori sampah lalu depan umah tu dorang tengok je.. dalam hati aku..ko x pernah tengok tengok lori sampah ke?? p/s: hargailah pekerja2 bawahan korang atau orang2 yang bergaji rendah. dorang pun insan biasa. kalau dorang x da susah la plak hidup korang..x gitu??

No comments: